Search This Blog

Tuesday 5 November 2013

Lampin Bayi Pakai Buang = Kertas Recyle


Pernahkah anda terfikir lampin pakai buang yang anda gunakan untuk bayi anda diperbuat daripada kertas? Yang lebih parah, kertas buangan (sampah-sarap) yang direcycle dijadikan lampin pakai buang dan juga tuala wanita. Yang kemudiannya anda gunakan untuk letak di bahagian sulit anda dan bayi anda bagi tempoh yang bukan sekejap.
Kertas recycle yang dikumpulkan akan melalui proses pemutihan bagi membersih dan menggebukannya. Sekali lagi sisa dioksin mungkin tertinggal pada bahan kertas tersebut. Setelah siap proses ini barulah kertas-kertas yang gebu umpama kapas tadi dihantar ke kilang-kilang pembuatan tuala wanita dan juga lampin bayi. Dari hasil pemantauan ke kilang-kilang yang menghasilkan produk pad dan lampin pakai buang, mereka mendapatkan sumber kertas dalam bentuk rum dari kilang-kilang yang menghasilkan kertas, dan kilang-kilang kertas ini pula menghasilkan kertas ini dari kertas-kertas buangan yang telah ditapis untuk dicampurkan dengan sedikit pulpa kayu yang asli (tidak lebih dari 10%).  Oleh kerana pulpa kayu ini susah didapati, ianya perlu diimport dari negara Eropah dan kosnya yang sangat mahal menyebabkan kilang-kilang ini menggunakan alternatif kertas buangan untuk diproses semula.

Isunya di sini adakah kita sebagai pengguna dapat memastikan produk berasaskan kertas seperti tuala wanita pakai buang dan lampin bayi pakai buang manakah yang benar-benar bebas klorin dan bebas daripada sisa dioksin?? 

Dioksin yang terhasil dari proses pelunturan kertas bagi mendapatkan kertas yang nampak putih dan bersih merupakan toksin bersifat karsinogen yang boleh menyebabkan kanser.  Penggunaannya telah dilarang di banyak negara, tetapi tidak termasuk USA.
Lampin pakai buang juga mengandungi sodium polyacrylate yang berfungi menyerap cecair dan akan bertukar menjadi gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi merah dan ruam. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, deman serta jangkitan kuman. Bahan ini tidak lagi digunakan dalam tampon wanita. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.
Lampin pakai buang juga mengandungi tributyl tin (TBT) iaitu bahan pencemaran alam yang sangat bertoksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.  Lampin pakai buang juga dikaitkan dengan asma (lelah).

Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.
Adalah berbahaya membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam kerana menyebabkan bakteria bertindak balas dengan ammonia dalam air kencing dan menyebabkan ruam lampin.  Sebab-sebab terjadinya ruam lampin adalah alahan, kekurangan pengudaraan di dalam lampin, kepanasan dan bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain.

Lampin pakai buang juga merosakkan dan mencemarkan alam sekitar. Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia setiap hari.  Oleh kerana lampin pakai buang dibuat dari bahan sintetik iaitu plastik dan kertas, ia mengambil masa 500 tahun untuk reput dengan sendiri apabila ditanam. (Nampaknya jika kita mati 100 tahun akan datang sekalipun, jasad kita sudah mereput, lampin bayi yang kita dibuang hari ini masih lagi kekal ketika itu kelak). Jika dibakar pula, ia boleh menyumbang kepada pencemaran asap dan jerebu.

Kesimpulannya, lampin pakai buang membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Alternatif yang paling selamat ialah untuk menggunakan kain, berbalik kepada nenek moyang kita yang hanya menggunakan kain semasa datang haid dan lampin kain untuk bayi mereka ketika zaman dahulu.  Namun kini, lampin kain sudah berubah wajah kepada yang lebih moden dan lebih menjimatkan poket anda.  Jika anda berminat, boleh dapatkannya dari kami sekarang:-


Babyland Printed Cloth Diaper (Button/Velcro)

Coolababy Bamboo Charcoal Cloth Diaper (Plain)



No comments:

Post a Comment