Search This Blog

Tuesday 12 November 2013

5 Perkara Perlu Dielak Ketika Anak Demam



Anak saya Najah Rasyiqah demam pula hari ni.  Jadi, saya ingin berkongsi dengan anda semua info berkaitan demam kepada bayi.  

Demam bukannya penyakit tetapi hanya gejala yang sering dialami oleh bayi. Suhu badannya yang normal ialah 36Oc hingga 37Oc. Suhu badan yang melebihi 37Oc menandakan anak anda demam. Bagi anak yang dibawah usia enam bulan, suhu badan melebihi 37Oc adalah serius. Jika ia kekal tinggi sehingga boleh mencecah 40Oc, ia berisiko berlakunya konvulsi (kekejangan) atau serangan sawan kepada bayi anda.

Ketahui 5 Perkara yang perlu anda elak ketika anak anda demam:

1)  Elakkan hantar anak ke nursery / rumah pengasuh.  

seeloknya anda ambillah cuti dan pantau suhu badan anak anda sendiri.  Jika kita memantau sendiri, kita akan lebih teliti berbanding kakitangan nursery / pengasuh.  Bukan apa, takut mereka terlepas pandang.  Lagi satu, ia boleh mengelakkan kanak-kanak lain berjangkit demam jika kita menghantar anak yang demam ke nursery / rumah pengasuh.

2)  Elakkan beri ubat ikut fikiran anda sendiri.  

Beri ubat demam sama ada syrup paracetamol atau syrup brufen mengikut dos pada label ubat yang disarankan oleh doktor. Beri ubat secara konsisten supaya suhu badannya berkurang.  Pastikan juga anda ada menyimpan ubat bontot atau namanya SUPP PARACETAMOL (SUPP PCM).  Ia boleh diberi sekiranya suhu badan bayi hampir mencecah 40Oc.  Bagi bayi yang berat kurang daripada 12kg, gunalah supp PCM 125mg, jika berat melebihi 12kg, guna supp PCM 250mg.   Selepas memasukkan ubat ini biasanya suhu badan akan dapat turun dengan kadar yang cepat berbanding dengan meminum syrup paracetamol.

3)  Elakkan melengah-lengahkan masa berjumpa doktor.

Sekiranya suhu badan anak mencecah 40Oc atau jika demam anak anda berterusan melebihi 3 hari dan keadaannya bertambah teruk seperti muntah, mengadu sakit perut atau susah bernafas segeralah bawa anak anda berjumpa doktor atau ke Jabatan kecemasan hospital untuk rawatan lanjut kerana dibimbangi demam denggi atau sebagainya.   Pastikan anda mempunyai termometer di rumah. Sentiasa kawal suhu badannya untuk mengelak daripada meningkat kepada 40Oc yang mengakibatkan bayi berisiko mendapat sawan.  

4)  Elakkan beri antibiotik Jika anak anda hanya demam viral sahaja.  

Demam viral tidak memerlukan antibiotik. Antibiotik diperlukan untuk demam yang disebabkan oleh bacteria sahaja dan jika tonsil bengkak. Kalau hanya tekak merah tetapi tonsil tidak bengkak, tidak perlukan antibiotik.  Ini kerana jika anak anda makan antibiotik, sedangkan sebenarnya badannya tidak memerlukan, imuniti badan anak anda akan jadi lemah. Imuniti badan yang kuat amat diperlukan supaya tidak mudah diserang penyakit di masa akan datang.

Bagaimana anda boleh membezakan di antara demam viral dan demam disebabkan oleh bacteria?

Jika demam viral biasanya kanak-kanak tersebut aktif (seperti tidak demam) di siang hari tetapi suhunya panas di malam hari. Jika demam disebabkan bacteria, kanak-kanak sememangnya tidak aktif dan monyok sepanjang hari.

5)  Elakkan tidur mati di waktu malam.  

Anda perlu korbankan masa tidur lena anda bagi memantau suhu badan anak anda.  Tuam kepala dan ketiak anak anda pada waktu malam untuk mengawal suhunya.  Ini kerana jika mereka terkena sawan, ini akan boleh merosakkan sel-sel otak mereka.  Itulah perkara yang perlu sangat dielakkan daripada terjadi.

Jika berlaku serangan sawan (kekejangan otot) di rumah atau dalam perjalanan ke hospital, basahkan badan bayi anda umpama anda memandikannya.  Waktu kecemasan ini, ambil air untuk basahkan seluruh badannya. Jangan biarkan situasi ini berlaku lebih satu minit. Ketika ini badannya akan mengeras dan anak matanya akan naik ke atas disebabkan suhu badannya sudah mencecah 40Oc. dia akan kembali normal setelah badannya kembali sejuk. Pastikan anak anda menangis kerana ia tanda dia sudah sedar. Segera masukkan ubat yang diberi melalui dubur (jika ada).

Segera bawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Jika situasi ia pernah berlaku kepada anak anda, kemungkinan ia akan berulang lagi jika anda mengabaikan pengambilan ubat demam secara konsisten walaupun dia sudah berusia enam tahun. Situasi kemungkinan ini akan berlaku sehingga anak berusia tujuh tahun. Serangan sawan boleh mengakibatkan berlaku kecacatan otak, malah jika dibiarkan terlalu lama serangan sawan ini boleh mengundang maut kepada anak anda. Waspadalah jika anak demam!

No comments:

Post a Comment