Tak sedikit orang mengalami masalah susah mendapatkan keturunan atau susah hamil, bahkan beberapa cara dan usaha telah dilakukan supaya cepat hamil. dipihak lain tak sedikit juga orang yang sangat mudah untuk hamil. Tapi tahukah anda apa sebenarnya penyebab dari pada masalah susah hamil tersebut?
Kesukaran untuk hamil merupakan satu masalah buat mereka yang memang mendambakan untuk mempunyai anak/ keturunan dalam sebuah perkahwinan. Mungkinkah anda salah seorang dari kalangan mereka yang sedang menghadiri masalah ini?
Seharusnya kita mengetahui sebab berlakunya masalah ini, kerana kehamilan bukan hanya dipengaruhi oleh faktor kesuburan sahaja, tetapi beberapa gaya hidup juga dapat mempengaruhi terjadinya kehamilan.
Berikut adalah 9 FAKTOR YANG MENGHALANG KEHAMILAN seperti yang diperolehi dari berbagai sumber di internet, antara lain:
1. Melewatkan Kehamilan Terlalu Lama
Kebanyakan wanita menunda kehamilan demi mengejar karier, tidak bersedia, menjaga bentuk badan dan pelbagai alasan lain. Padahal, ketika Anda mulai menginjak usia 30 - 40 tahun, akan sulit untuk hamil. Bahkan ketika wanita berumur 45 tahun, hampir tidak mungkin boleh hamil lagi.
"Semakin tua usia wanita, jumlah produksi sel telurnya akan berkurang dan terjadi penurunan kualiti secara dramatik. Tubuh wanita tidak dirancang evolusioner untuk hamil dengan mudah seperti ketika wanita berada di usia 20-an tahun," kata Mousa Shamonki, MD, Pengarah Pakar Kesuburan di University of California.
2. Penyakit Kelamin
Human papillomavirus atau HPV, adalah jangkitan seksual yang paling umum. Penyakit ini dapat mengakibatkan displasia serviks, pertumbuhan abnormal sel dan kanser jika tidak dirawat.
Prosedur penghapus sel-sel yang abnormal kerana infeksi virus HPV kadangkala boleh mengakibatkan sukar untuk hamil atau membawa bayi yang kurang sihat. Jika tidak segera dirawat, sekitar 10% -15% wanita dengan penyakit kelamin akibat HPV akan menderita penyakit radang pelvis (PID), yang dapat merosakkan tiub fallopio, jaringan dalam sekita uterus dan ovari.
Sebanyak 93% wanita yang pernah mengalami masalah pada tiub fallopio Kerana PID tidak dapat hamil akhirnya.
3. Jumlah Sperma Sedikit
Kesuburan tidak tergantung pada wanita saja, tetapi juga pada sperma lelaki. Jumlah sperma yang rendah atau kurang dari 20 juta sperma per mililiter air mani sangat kurang untuk mengeluarkan sel telur. Menurut Mayo Clinic, ejakulasi normal harus mengandung setidaknya 39 juta sperma. Seorang wanita tetap boleh hamil meskipun jumlah sperma yang dikeluarkan oleh suaminya terlalu sedikit, tetapi akan memerlukan waktu yang lama.
4. Anda Terlalu Kurus
Hampir semua wanita mengidamkan tubuh yang langsing dan indah. Orang yang terlalu ramping akan cenderung susah hamil. "Kurangnya lemak boleh melambatkan produksi hormon-hormon yang diperlukan untuk ovulasi, termasuk hormon estrogen. Estrogen dan testosteron, yang merangsang produksi sperma berasal dari kolesterol. Jadi sedikit lemak bagus untuk wanita hamil," kata John Norian, M.D., doktor pakar kesuburan di Loma Linda University’s Center for Fertility, California.
5. Anda Terlalu Gemuk
Wanita yang mempunyai masalah kelebihan berat badan juga mungkin sulit untuk hamil. Hal ini kerana sel-sel lemak terlalu banyak menyebabkan produksi estrogen berlebihan, sehingga ovulasi menjadi tidak teratur. Obesiti juga dapat meningkatkan risiko keguguran. "Bagi lelaki, berat badan berlebihan, akan membuatkan gerakan sperma menjadi lambat dan jumlah sperma mungkin turun kerana testis menjadi terlalu hangat kerana badan yang gemuk," kata Norian. Cubalah untuk menurunkan berat badan sebelum mencuba untuk hamil.
6. Berolahraga terlalu Berat
Olahraga memang sangat baik untuk Anda, tetapi olahraga yang terlalu berat malah akan membuat Anda susah mendapatkan kehamilan.
"Wanita yang terlalu kuat berolahraga akan kehilangan lemak tubuh yang membantu memproduksi estrogen, yang memacu ovulasi. Berolahraga cukup dilakukan 4-5 hari seminggu selama 30 minit untuk menjaga denyut jantung 120-130 denyut seminit," kata Norian.
Lelaki yang berolahraga terlalu banyak juga dapat menaikkan suhu dalaman testis yang menyebabkan sperma mati. Olahraga yang terlalu kuat turut mempengaruhi bentuk sperma, faktor utama dari infertiliti.
7. Pengambilan Suplemen
Kadang-kadang kebiasaan yang baik, seperti mengambil vitamin, ternyata berisiko terhadap kehamilan. Terlalu banyak vitamin A yang disimpan dalam tubuh dapat menyebabkan kelahiran cacat, kelainan hati dan masalah-masalah lain. Berhati-hatilah dalam mengambil suplemen. Pastikan suplemen yang Anda ambil tidak menjejaskan hormon yang mengganggu kesuburan.
8.Pelincir
Hampir setiap pelincir dapat membahayakan sperma dan berisiko terhadap infertiliti. Periksa label pelincir untuk memastikan cairan tersebut tidak mengandung bahan spermicide. Jika Anda terpaksa menggunakan pelincir, pilihlah perlincir yang berasaskan air, bukan berasaskan minyak kerana ia akan melambatkan pergerakan sperma.
9. Faktor Lain
Beberapa faktor yang menyukarkan kehamilan adalah tabiat merokok, minuman beralkohol, dan terlalu banyak pengambilan kafein dalam tubuh.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda. Dapatkan Tips Mudah Hamil di sini: